IPOH [3.31 pm] - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (foto) masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa. Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan Dato' Seri Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada kedua mereka. Apabila turun Dato' Seri Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda. Sebelum Sidang bermula sekali lagi Dato' Seri Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar. Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian sidang DUN.
[Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, patik (PDO) pacal yang hina merafak sembah memohon perkenan tuanku bersama ayahanda tuanku Sultan Azlan Shah pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan untuk memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Ini kerana suasana kecoh dan ketengangan yang melampau telah memberi ketakutan kepada rakyat negeri tuanku sendiri untuk memberi kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah. Seharusnya tuanku harus mengunakan budi bicara dan bersikap profesional dalam menyelesaikan kemelut yang melanda ini. Kembalikan semua kuasa itu kepada rakyat. untuk membuat pilihan mereka. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku].
V.Sivakumar Di Bawa Keluar DUN Secara Paksa
Kecoh, bila Speaker DUN Perak V.Sivakumar telah diseret keluar dewan
Biadap dan zalim bila Speaker DUN Sivakumar diseret keluar dewan
Mahkamah Bakal Jadi Penentu DUN Perak
[Memang sepatutnya mahkamah jadi penentu sidang DUN Perak. Namun, apakah pemimpin UMNO akan menunggu keputusan mahkamah. Sedangkan kes status Menter Besar yang sah yang sedang dibicarakan di mahkamah pun mereka tidak mahu akur, bagi menangguhkan dulu sidang DUN. Apa akan terjadi jika Nizar disahkan semula sebagai MB Perak. Bukankah bertambah kecoh dibuatnya insiden ini. Sultan Perak perlu memainkan peranan yang serius dalam menyelesaikan kemelut ini].
Sidang DUN Perak Kecoh Perihal Isu Speaker
IPOH [12.50 pm] - Kekecohan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila Speaker, V.Sivakumar, enggan memulakan persidangan selagi Menteri Besar, BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bersama enam ahli exco dan tiga ahli Bebas tidak meninggalkan dewan. Sebaik sahaja mengambil tempatnya pada jam 10 pagi, Sivakumar mengarahkan 10 ahli dewan itu keluar dengan alasan bahawa keahlian mereka sudah digantung. Bagaimanapun, Zambry dan sembilan yang lain tidak mempedulikan arahan Sivakumar itu.
[Kekecohan yang berlaku sepatutnya tidak terjadi, jika Zambry mendengar nasihat rakyat agar sidang DUN ditangguhkan dulu sehingga mahkamah memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Namun Zambry berdegil dan mahu tunjuk "keras kepala". Akhirnya inilah yang berlaku. Sidang DUN kecoh dan kelam kabut dibuatnya. Justeru itu, kembalikan suara kepada rakyat dengan membubarkan DUN segera].
Zambry Kecewa Sikap ADUN Pembangkang
IPOH [12.35 pm] - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini. Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan. Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui selepas sidang DUN Perak berhenti rehat selama sejam sebentar tadi.
[Zambry tidak perlu kecewa dengan sikap pembangkang, sebaliknya rakyat Perak kecewa dengan sikap Zambry yang tidak mahu menangguhkan sidang DUN biarpun status beliau sebagai Menteri Besar masih dipertikaikan oleh mahkamah. Inilah bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin UMNO dan BN ini terlalu tamak untuk berkuasa hingga tidak sabar-sabar melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang].
4.12 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguh ke satu tarikh ditetapkan nanti. Usul oleh Menteri Besar BN Perak, Zambry Kadir dan diluluskan Ganesan walaupun dibantah ADUN Pakatan Rakyat.
4.10 pm - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ditahan polis di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri selepas ingkar arahan larangan.
4.07 pm - Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN". Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar. Sesudah itu baginda bersalam dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain dan diikuti oleh ADUN Barisan Nasional.
Raja Muda Perak kemudian meninggalkan majlis, dengan diiringi oleh Dato' Seri Nizar yang difahamkan oleh Dato Ngeh telah dipanggil untuk mengadap tuanku di Kamar diRaja. Ia berikutan krisis kuasa dan sidang DUN Perak yang begitu kritikal dan panas hari ini. Apakah Raja Muda Perak akan bertindak secara profesional dan kemudiannya mengarahkan DUN Perak dibubarkan?. Mungkinkah perkara tentang kemelut politik dan Sidang DUN Perak akan dibawa kepada pengetahuan ayahandanya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam masa terdekat ini.
3.20 pm - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, memasuki dewan dan sedang sampaikan titah perasmian. Semasa Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan secara paksa oleh beberapa individu yang tidak dikenali dan dipercayai "samseng" atau "polis" yang berpakaian preman.
Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka. Apabila turun Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda. Sebelum Sidang bermula sekali Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk mengarahakan semua anggota polis supaya keluar dari dewan.
3.11 pm - Speaker Haram, R.Ganesan keluar dewan untuk menjemput Raja Dr Nazrin Shah masuk dan merasmikan sidang Dewan.
3.07 pm - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, buat usul sidang diteruskan dan untuk titah perasmian Raja Dr Nazrin Shah. Tapi Adun pembangkang terus membuat bising dan tidak duduk di tempat masing-masing.
2.59 pm - R.Ganesan kini duduk di tempat Speaker dewan dan minta ahli dewan bertenang. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat masih cuba halang tapi dikawal ketat oleh pihak polis dan individu yang tidak dikenali itu.
2.50 pm - Tidak dapat dipastikan siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini. Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan. Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar. Namun ia tidak di patuhi ADUN berkenaan.
2.45 pm - Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker. Speaker Haran, R.Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas dan tidak dikenali.
2.40 pm - Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker telah diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.
2.20 pm - Sidang DUN Perak terus kecoh bila pasukan polis berpakaian seragam sekitar 20 orang telah masuk campur menceroboh ke DUN Perak yang mulia. Terdapat usaha merampas kerusi Speaker. Sementara itu ADUN Pakatan Rakyat terus menghalang R.Ganesan mengambilalih tugas Speaker Dewan Undangan Negeri daripada Sivakumar. Sementara itu, Raja Muda Perak Raja Nazrin masih berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk merasmikan sidang kali ini.
Ganesan dikerumuni oleh ADUN Pakatan Rakyat ketika mulakan sidang
Kekecohan terus berlaku biarpun sidang Dewan belum dirasmikan lagi
2.15 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri Perak disambung semula dan terus kecoh isu perlantikan Speaker yang baru, R.Ganesan
1.02 pm - Speaker "Haram" Ganesan tangguhkan sidang DUN selama sejam selepas luluskan satu usul oleh Exco kanan, Hamidah Osman.
1.00 pm - Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN Pakatan Rakyat dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya. Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggung jawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suarnya tidak berfungsi. Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
12.36 pm - Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat. Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya. Speaker arah R.Ganesan keluar dengan kuasa yang ada padanya.
12.34 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kembali kecoh apabila disambung semula selepas rehat selama sejam. Speaker, V Sivakumar tetap mengambil tempat di kerusi Speaker.
12.27 pm- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini (11 Mei) bagi membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
[Sidang DUN Rehat Selama Sejam]
11.35 am - Di luar Dewan juga semakin tenang. Jumlah penyokong berkumpul semakin kurang, tidak sampai 100 orang yang tinggal.
11.31 am - Suasana dalam Dewan kembali tenang. V Sivakumar dan semua ADUN tidak berganjak dari tempat duduk mereka.
11.23 am - Bekas ADUN Sungkai, R.Ganesan dilantik sebagai Speaker dan pada masa sama V Sivakumar masih di tempatnya.
10.58 am - Cadangan ganti Sivakumar disahkan Yit Foong
10.55 am - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bangun cadangkan bekas ADUN Sungkai ganti Sivakumar sebagai Speaker, disokong Exco Kanan, Datuk Hamidah
Panas, Sidang haram sedang berlangsung dalam DUN Perak padi tadi
Perlantikan Speaker baru yang dibantah oleh ADUN Pakatan Rakyat
10.41 am - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemukakan usul pecat Speaker, V Sivakumar dan disokong semua Adun Barisan Nasional (BN) dan Bebas tetapi ditolak oleh Speaker sendiri.
10.26 am - Beberapa lagi penyokong parti ditahan. Masih ada kira-kira 500 orang berkumpul di pintu depan bangunan SUK Perak.
10.10 am - Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat Speaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak. Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN Pakatan Rakyat. Speaker juga mohon Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan. 10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar
10.00 am - Suasana masih kecoh dalam Dewan, Speaker, V Sivakumar, terus desak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dewan dan tegaskan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak akan benarkan perasmian sidang selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.
9.45 am - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk mereka telah berubah. Mereka kemudian mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah. Kedudukan diubat sekarang sama seperti kedudukan semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak.
9.30 am - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, tiba untukmerasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini. Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara, di perkarangan bangunan itu disambut Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Yang Dipertua Dewan, V Sivakumar dan timbalannya, Hee Yit Foong serta barisan Exco kerajaan negeri. Sejurus kemudian, Raja Dr Nazrin menaiki Peterana Diraja dan menerima hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormatan yang dibarisi 105 pegawai dan anggota batalion 1 Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Kinta dan lagu rasmi negeri Perak dimainkan oleh Pancaragam PDRM Cawangan Kedah.
8.45 am - Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa poster, memakai baju hitam dan lilitan dengan tulisan 'BUBAR DUN". Sementara itu Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat yang baru sampai telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini. Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan namun mereka gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan ini menunjukkan bahawa Sidang DUN Perak kali ini adalah yang paling ketat dikawal polis dalam sejarah demokrasi dunia.
Memalukan, kawalan yang begitu ketat mencemar sidang DUN Perak
Sebahagian daripada penyokong Pakatan Rakyat yang ditahan pagi tadi
pahangdaily
No comments:
Post a Comment